SISI TEPI MAHATHIR YANG TIDAK DIKETAHUI;PENGEKSPORT ISLAM DAN AL-QURAN ERA MILINIUM YG DIHINA
DOSA-DOS MANUSIA INI TIDAK AKAN TERAMPUN.PENGHINAAN DAN CACIAN DILEMPARKAN.HAKIKATNYA AGAMA ISLAM DAN AL-QURAN DITABUR DI SELURUH DUNIA.TIADA INSAN LAIN SETARANYA DI ERA MODEN
BISMILLAH---HIR-RAHMAN-NIRRAHIM
![]() |
WALAUPUN ULAMA POLITIK DAN KARIFUN MEMERANGI PERJALANAN AYAHANDA SERTA DIBENCI DAN DIHINA 'AYAHANDA TELAH ' MEMBUKA JALAN UNTUK MEEM MENGIBAR BENDERA. |
Sedarkah kita, beliau tidak putus-putus berusaha untuk membangunkan Islam dimana saja tempat yang beliau singgahi. Seluruh dunia Islam memandang tinggi terhadap kecekalan dan keberanian hamba yang bernama ' Mahathir' ini. Walaupun dunia melihat negara Arab yang rata-rata amat kaya dari segi pendapatan dan hasil bumi namun tidak kedengaran olih kita pemimpin berbangsa Arab ini berjaya menjadi 'champion' kepada dunia Islam lain mahupun dibumi bukan Islam.Tidak kedengaran olih kita dunia Arab secara terangan mahupun secara sembunyi 'bersuara' melaungkan Islam dan Islam yang diwarisi olih Bangsa Arab yang pada ketika itu 'amat meninggi diri' serta menjadi bangsa yang 'riak dan takbur' tetapi dilihat gagal didalam menyatukan keseluruhan dunia Islam yang lain.
Tetapi scenarionya amat berbeza dengan anak Melayu ini, walaupun darah beliau didakwa tidak sepenuhnya Melayu tetapi 'benih' yang dieramkam selama sembilan bulan 10 hari , dibelai dan dikendong olih seseorang yang bernama Melayu . Itu lah kebenaranya. Dengan bercambahnya ranting perniagaan yang dibawanya bersama keluar negara, maka, pada masa yang sama Islam juga dipangku dan ditatang olih Mahathir dan disemaikan bersama dinegara yang dilawati tanpa disedari olih rakyat Malaysia terutama orang Islam. Itulah Mahathir.
Sebagai contoh, apabila kesatuan Russia berpecah maka Mahathir membuka laluan ruang perniagaan kesana. Berbagai delegasi Malaysia dihantar kepelusuk blok yang terpecah itu. Salah sebuah negara yang paling rapat dengan Malaysia pada waktu itu ialah Kazakhtan. Saya berpeluang untuk menghadiri satu program. Walaupun program itu berbentuk hiburan, namun, kesempatan itu saya gunakan sepenuhnya untuk melakukan sesuatu yang diluar perancangan. Didalam tempoh 14 hari saya berada disana, saya gunakan kesempatan untuk mendekati 'rakan luar' itu untuk mengenalkan Islam kepada mereka. Walaupun nenek moyang mereka pernah mengenal Islam namun diera pemerintahan Komunis, Islam tidak dapat dipraktikkan dan sekiranya didapati ada diantara rakyatnya yang mengamalkan Islam, maka, hukuman nya adalah 'Mati' itulah hakikat yang perlu diterima olih rakyat Russia.
Alhamdullulah, didalam tempoh 14 hari itu, kerahmatan Allah, menyebelahi usaha saya. Saya berjaya menyampaikan kata-kata Allah dan berjaya memujuk hati 4 orang untuk menerima Islam. Melalui Kedutaan Malaysia di Moscow, saya berjaya mendapatkan beberapa naskah Al Quran untuk dihantar kepada ' saudara' baru tersebut. Alhamdullilah. Sekiranya Mahathir tidak membuka 'jalan' untuk ini, adakah kita akan berjaya 'menyebarkan'Islam? Inilah yang terbaik yang dilakukan olih Mahathir untuk Islam yang tidak dilihat serta disenangi olih orang bukan Islam .
Kecenderongan segelintir pemimpin Melayu Islam yang secara terangan menafikan 'kehebatan' watak bernama ' Mahathir' telah membuahkah 'benih-behih' kebencian melampau kepada watak ini. Walaupun bergunung 'kebaikan' yang dihamparkan untuk Islam namun inilah yang gagal dilihat olih musuh politik Mahathir ditanah air, iaitu PAS serta kempimpnan Nik Aziz.
Berbagai perkataan dilemparkan Nik Aziz terhadap Mahathir. Bermacam gelaran di'labelkan' terhadap 'hamba' ini, namun semua itu ditelan dan 'dimaafkan' olih Mahathir .Sekiranya kebenaran dan kebaikan ini yang masih lagi ingin ditolak olih Bangsa Melayu beragama Islam terutama PAS terhadap manusia yang 'menebarkan Islam' dengan berpakaian Kot, saya kira, Melayu yang menentang Mahathir serta yang mencaci kemurnian 'Perjalanan' beliau, diharap dapat balik kepangkal jalan. Tahulah olih mu..penghujung semakin dekat.
Jalan telah disediakan olih Mahathir' terpulang kepada kamu untuk menitinya
"SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI PERJALANAN AYAHANDA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan