"Ya Allah, ampunilah segala dosa orang tua kami..
berikanlah keberkahan kepada mereka..
sayangilah
mereka, sebagaimana mereka
menyayangi kami..
"


"Jadikanlah kami sebagai kebahagiaan mereka..
..
Aamiin..

Selasa, 10 Jun 2014

Bahasa rumi..

BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM “ALLAAHUMMA DZIS SULTHAANIL ‘AZHIM, WA DZIL MANNIL QADIIM, WA DZIL WAJHIL KARIIM, WA WALIY YIL KALIMAATI TAAMMAATI WAD DA’AWAATIL MUSTA JAABAH, ‘AAQILIL HASANI WAL HUSAINI MIN ANFUSIL HAQQI ‘AINIL QUDRATI WAN NAAZHIRIINA WA’AINIL INSI WAL JINN, WA IN YAKAADUL LADZIINA KAFARUU LI YUZLIQUUNAKA BI ABSHAARIHIM LAMMAA SAMI’UDZ DZHIKRA, WAYAQUULUUNA INNAHUU LAMAJNUUN, WA MAA HUWA ILLAA DZIKRUL LIL ‘AALAMIIN. WA MUSTAJAABU LUQMAANIL HAKIIM. WA WARITSU SULAIMAANABNI DAAWUDA ‘ALAIHIMAS SALAAM. AL-WADUUD (tujuh kali AL WADUUD) …………………….(Sebutkan hajat di hati kepada Allah s.w.t.) DZUL’ARSYIL MAJIID. THAWWIL ‘UMRII WA SHAHHIH AJSAADII WAQDHI HAAJATII WAKTSIR AMWAALII WA AULAADII WAJ ALNI HABBIBAN LIN NAASI AJMA’J IN. WA TABBA’ADIL’ADAAWATA KULLA MIMBANII AADAMA ‘ALAIHIS SALAAM. MAN KAANA HAYYAUW WA YAHIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN. WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQAL BAATHIL, INNA BAATHILA KAANA ZAHUUQAA. WA NUNAZZI LU MINAL QUR’AANI MAA HUWA SYIFAAUW WARAHMATUL LIL MUKMINIIN. WA LAA YAZIIDUZH ZHAALIMIINA ILLAA KHASAARAA. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YASHIFUUN, WA SALAAMUN ‘ALAL MURSALIIN, WAL HAMDU LIL LAAHI RABIIL ‘AALAMIIN”.


Posted via Blogaway

Isnin, 9 Jun 2014

Doa terbaik

Doa Perlindungan Daripada Bersedih, Berhutang, Dan Sikap Negatif السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sekiranya kita dilanda dengan perasaan sedih atas sesuatu perkara, atau runsing sebab bebanan hutang yang banyak, maka adalah disarankan beramal dengan doa di bawah ini.  Doa ini dibaca pada waktu pagi dan petang iaitu selepas subuh dan  selepas asar atau maghrib. Seelok-eloknya jadikanlah doa ini sebagai rangkaian doa yang dibaca seusai solat.   Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu. Dan kemudian  barulah berdoa dengan sepenuh hati dengan memahami makna doa yang dipohon tersebut.  Sekian, selamat beramal. الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ (Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).


Posted via Blogaway

Ayat seribu dinar

Hikmat Ayat Seribu Dinar Bermaksud : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq) Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja. Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut. Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh. Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala. Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


Posted via Blogaway

Nama2 allah..

Nama nama Allah : Al-Mughnii, Ar-Razzaq, Al-Fattah Siapa-siapa mengamalkan nama Allah s.w.t. “Al-Mughnii (Maha Pemberi kekayaan), Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Al-Fattah (Maha Pembuka), nescaya turunlah kepadanya berkat dengan mengurniai Allah s.w.t. kepadanya akan rezeki yang tiada terhingga banyaknya dengan mudah di dapatinya daripada mana-mana pihak. Dan siapa-siapa membaca pada makanan atau minuman, nescaya zohirlah bertambah-tambah berkat pada makanan dan minuman itu dengan terang-terangan dan siapa-siapa berkekalan menjadikan wirid membaca pada tiap-tiap hari 1,990 (Seribu sembilan ratus sembilan puluh) kali atau pada tiap-tiap lepas sembahyang membaca sebanyak 398 (tiga ratus sembilan puluh lapan) kali, nescaya jadilah ia seorang yang tiada merasai fakir selama-lamanya dan hasillah faedahnya bagaimana yang tersebut, iaitu hendaklah baca: Ya Allah – 3 (tiga) kali kemudian, Ya-Mughnii, Ya-Rozzaq, Ya-Fattah sebanyak yang tersebut.


Posted via Blogaway

Fadhilat surah al insyiraah

Fadzilat Surah Al-Insyiraah :- Surah Al-Insyirah adalah Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 8 ayat. Dinamakan surah “Al-lnsyiraah (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk). Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan merguniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu: 1. Sembahyang sunat dua rakaat. 2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah) 3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib. Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati. Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. Setengah daripada khasiat Surah Al-Insyiraah itu ialah di baca kerana jadi ubat demam dengan kifayat: 1. Ambillah seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan Surah Al-Insyiraah. 2. Tiap-tiap ketika baca huruf “Kaf” daripadanya, simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul. Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri. Siapa-siapa benak menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut. Surah Al-Insyiraah: Ertinya: “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Posted via Blogaway

Solat surat Hajat 1

Sembahyang Sunat Hajat (1) Lafaz Niat: Ertinya : “Sahaja Aku Sembahyang sunat Hajat Dua Rakaat kerana Allah Ta’ala” 1. Pada Rakaat Pertama di baca Doa Iftitah, Al-Fatihah sekali Ayat Kursi. …….hingga akhirnya 1 kali. 2. Pada Rakaat Kedua selepas Al-Fatihah, di baca ayat: - 1 kali. (Ayat 285-286 Surah al-Baqarah dan Ayat 18-19, 26-27 Surah Al Imran) Dan membaca doa ini, Insya’Allah akan di kabulkan hajat.


Posted via Blogaway

Doa sesudah membaca surah al-waqiah

Bismillahirrahmaanirrohim. Bimahmahuubin mahmahuubin dzii luthfin khafiyin bisha’sha’in sha’sha’in dziinnuuri walbahaa-i bisahsahuubin sahsahuubin dzii’l’izzi ‘sysyaamikh wal ‘azhamati wa’lkibri-yaa-I walqudrati wassulthaan. Allaahumma innii as-aluka biismika’lmurtafi’ alladzii a’thoitahu man syikta min auliyaa-ika wa-ahbaabika an tu’tiyanii rizqan min ‘indika tughnii bihi faqrii wataqoththo’u bihi ‘alaa-iqi’sysyaithaani min qolbi innaka anta ‘ilhannaanu ‘lmannaanu ‘Iwahhaabu ‘rrozzaaqu ‘lfattaahu ‘lbaashithu ‘Ijawaadu ‘Ikaafii ‘lghaniyu ‘lmughni ‘Ikariimu ‘rrozzaaqu ‘Imu’thi ‘llathiifu’l waasi’u ‘sysyakuru dzulfadhli wanni’ami waljuudi wal karam. Allaahumma innii as-aluka bihaqqika wabihaqqi nabiyika wajuudika wakaromika wafadhlika wa-ih-saanika yaa shodiqal wa’di laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhoolimiin. Allaahumma yassir lii birizqin halaalin thaiyibin ajib da’wati bihaqqi suurati’lwaaqi’ah wa bihaqqi’l ismil a’zham, wabihurmati saiyidinaa Muhammadin shalla’laahu ‘alaihi wa sallam wa ’alaa aalihi wa ashhaabihi ‘ththaiyibiina ‘ththaahirin wa bihaqqi faqjin makhmatin fattahin qodirin jaabirin mu’thi khairi ‘rroziqiin mughni’ibaa-isi’ifaqiir tauwaabi laa yuaakhiznaa biljaraa-im. Allaahumma yassir lii birizqii halaalin min ‘indika wa’ajjil bihi yaa dzaljalaali wal-ikraam yaa kaafi yaa kafiil birahmatika yaa arhama’rrohimiin, wa shalla’llohu ‘alaa saiyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa ashhaabihi wa atbaa’ihi wa anshaarihi wa adzwajihi wa dzurriyaatihi wa ahli baitihi ajma’iin, subhaana rabb’ka rabbi’l’izzati ‘ammaa yashifuuna wa salaamun ‘alaa’lmursaliina walhamdu li’llaahi robbil ‘aalamiin. (Al-Fatihah) Aamiin aamiinaa yaa Allah, aamiinaa yaa ilaha’l’aalamiin. Allahumma in kaana rizqii fii’ssamaa-I fa-an-zilhi, wa inkaana fii’lardhi fa-akhrijhu, wa in kaana fii’lbahri fa athli’hu, wa in kaana ba’iidan faqarribhu, wa in kaana ghariiban fayassirhu, wa in kaana qolilan fakatstsirhu, wa in kaanaa katsiiran fahauwinhu wa baariklii fiihi warzuqnii min haitsu laa yahtasib rizqon, halaalan thoiyiban ghodoqan sahhan thobaqan mubaarokan fiihi laa yakuunu liahadin min khalqika ‘alaa fiihi minnah, waj’al yadaiya ‘ulyaa bil a’thaa wa laa taj’al yadaiya suflaa bil-isti’thaa innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir birohmaatika yaa arhama’rraahimiin, wa shallallaahu ‘alaa saiyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wassalam, da’waahum fiihaa salaam wa aakhiru da’waahum ani’lhamduli’llaahi rabbil ‘aalamiinn. Ertinya: Demi kebesaran, keagungan dan kekuasaanMu Tuhan yang mempunyai Kekuasaan, Petunjuk dan Kerajaan. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, demi namaMu yang Maha Tinggi, yang Engkau memberikan (rezeki kekayaan) kepada siapa sahaja yang Engkau sukai, dan wali-wali Mu dan kekasih-kekasih Mu, kiranya Engkau kurniailah aku rezeki dari sisi Mu yang dengan itu Engkau memberi kekayaan akan daku dan menjadikan pengaruh syaitan hilang dari hatiku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi, pemberi rezeki, Maha Pembuka (pintu rezeki), Maha Mengetahui, Maha Lemah Lembut, Tuhan Maha Pemberi cukup, Maha Kaya, Maha Mengkayakan, Maha Mulia, Maha Pemberi Kelapangan Rezeki. Tuhan yang Maha mempunyai kelebihan-kelebihan, Maha mempunyai kenikmatan, Maha Pemurah dan Maha Mulia. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu demi kebesaran Mu dan demi kebenaran Nabi Mu dan demi kemurahan Mu dan kemuliaan Mu dan demi kelebihan Mu serta kebaikan-kebaikanMu. Ya Tuhan yang benar pada janjiNya, tiada Tuhan yang lain, selain Engkau, Maha suci Engkau dan sesungguhnya aku adalah dari golongan yang zalim. Ya Allah, mudahkanlah bagiku beroleh rezeki dari yang halal-baik, perkenankanlah do’aku demi berkat Surah Al-Waqi’ah dan demi nama yang agung dan demi kebenaran junjungan kami Muhammad s.a.w., dan keluarga dan sahabat-sahabatnya yang baik-baik, suci dari (kedosaan) dan demi kekuasaan, kehebatan, ke Esa-an-Mu, Tuhan yang sebaik-baik pemberi rezeki, yang mengkayakan yang faqir Maha Pengampun, suka memberi kemaafan atas kesalahan hambaNya – mudahkanlah (ya Allah) segala urusanku, kurniailah aku rezeki yang halal, yang baik dan yang berkat, ya Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, ya Tuhan yang Maha Mencukupkan dengan RahmatMu ya Tuhan yang Maha Pengasih, semoga Allah mencurahi kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, juga atas pengikut dan pembantunya dan isteri-isterinya dan zuriatnya serta ahli rumahnya semua, Maha suci Tuhan Mu, Tuhan yang suci dari sebagaimana yang disifatkan orang-orang musyrik dan keselamatan atas semua Rasul-rasul, segala puja bagi Allah, tuhan seruan sekalian Alam. (Al-Fatihah) Ya Allah, perkenankanlah permohonanku ini, yaa Allah andainya rezekiku berada di langit, turunkanlah dia untukku, dan andainya rezekiku berada di bumi, keluarkanlah untukku, sekiranya rezekiku berada di lautan, naikanlah akan dia untukku, sekiranya rezekiku sedikit, mohonlah kiranya diperbanyak, dan andainya rezekiku banyak, mudahkanlah bagiku serta beri kekuatanlah bagiku (dalam membelanjakannya) dan kurniailah aku rezeki yang tidak terduga dari mana datangnya, rezeki yang halal yang baik, mengalir terus yang berkat dan tidak ada orang yang meninggini dan merasa iri kepadaku, seraya jadikanlah aku pemurah memberi dan jangan bakhil memberi kepada orang lain, Sesungguhnya Engkau (ya Allah) atas sesuatunya Maha Kuasa – demi RahmatMu ya Tuhan yang Maha Pemurah, dan maha Pengasih, semoga kesejahteraan dan keselamatan kiranya Allah mergurniai atas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya dan sahabatnya semua. Do’a mereka (di syurga) “Maha Suci Allah dan kehormatan mereka “keselamatan” dan akhir do’a mereka “segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seruan sekalian alam.


Posted via Blogaway

Doa Nurun Nubuwwah..

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. 

Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.

Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.

Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.

Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang

Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih

Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar

Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8) Penyembuh Kesakitan.

Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan

Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.

Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar

Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut

Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata

Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular

Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.

Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.

Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.

Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda

Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.

Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat

Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat

Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.

Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.

Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.


Posted via Blogaway

Mancing..


Posted via Blogaway