"Ya Allah, ampunilah segala dosa orang tua kami..
berikanlah keberkahan kepada mereka..
sayangilah
mereka, sebagaimana mereka
menyayangi kami..
"


"Jadikanlah kami sebagai kebahagiaan mereka..
..
Aamiin..

Sabtu, 8 Jun 2013

10 tasik bawah tanah yang tercantik

1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Mellisani Caves - [amazingdata.com]

Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.


2 - Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Cheddar Gorge - [bestourism.com]

Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap  manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.


3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Hamilton Pool - [bestourism.com]

Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.


4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Reed Flute Cave - [travelpod.com]

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.


5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Luray Caverns - [amazingdata.com]

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.


6 - Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Wookey Caves

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.


7 - Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Lechuguilla Cave - [whatafinecave.com]

Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.


8 - Tasik bawah tanah di Macan Ché

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Macan Che - [amazingdata.com]

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.


9 - Tasik bawah tanah di Mexico

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Tasik bawah tanah Mexico - [wonderfulinfo.com]

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.


10 - Tasik bawah tanah di Banff, Kanada

10 tasik bawah tanah yang tercantik
Tasik bawah tanah di Banff - [amazingdata.com]

Kisah Mayat Isteri Kaki Zina Dihurung Lintah

Kisah Mayat Isteri Kaki Zina Dihurung Lintah | Kisah ini menceritakan tentang seorang isteri yang suka melakukan zina di belakang suaminya. Dipengakhiran hidupnya, dia telah jatuh sakit dan kemudiannya Allah SWT telah mendatangkan hukuman ke atas perbuatannya. Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan kepada semua orang. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi hanya akan tertutup apabila nyawa tidak lagi dikandung badan.
Apabila timbulnya cerita pelik, sudah pasti kita agak sukar untuk mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan bahagian seseorang itu. Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Kisah ini sebenarnya adalah artikel yang diambil dari sebuah majalah Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka melakukan zina.

Gambar Hiasan: Lintah yang banyak menggelikan mata2 yang melihat.
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas. Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lajiokihadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah. Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
Sumber: Melayukini

(Gambar) Dari Original Menjadi fantasi

grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
Gambar Menarik : Kita sering lihat banyak pelukis-pelukis sering melukis dari origal menjadi gambar potret tetapi berlainan pula gambar ini..Ianya dari original menjadi satu lukisab yang menarik dan sangat luar biasa..
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
Michael Oswald merupakan salah satu digital artist yang sangat terkenal di dunia. Ia terkenal mencipta ilusi-ilusi unik yang jarang dilihat orang. Dengan bantuan aplikasi dan software seperti photoshop, Michael menjadikan sebuah hasil fotografi biasa menjadi karya seni yang luar biasa.
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
grey (Gambar) Dari Original Menjadi Fantasi Dan Menarik.. Jom Tengok
::P/S : Mampukah anda mengedit satu-satu gambar itu menjadi gambar seperti diatas ???

Jumaat, 7 Jun 2013

RAHSIA MENAMBAT HATI LELAKI

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.
Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.
Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.
Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.
Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita

Khamis, 6 Jun 2013

20 PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN



20 Fakta Unik Antara Lelaki dan Perempuan

1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada saat malam dari pada laki-laki.
Mereka perlu jumlah tidur yang lebih lama. Ini menunjukkan lelaki lebih berupaya berjaga malam dari segi fizikal dan mentalnya.
Cuba perhatikan kerjaya polis, askar, jaga, bomba dan sebagainya. Tuhan memberikan mereka (kaum lelaki) keupayaan berjaga malam demi untuk keselamatan kita semua. Syukur alhamdulilah.
Akan tetapi, tidur mesti cukup 5-6 jam untuk dewasa. Kalau tidak, anda mungkin terkena darah tinggi. Berhati-hati.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat berjalan dan berbicara.

Mereka mempunyai saraf deria penghubung di otak yang lebih cepat & lebih banyak tumbuh berbanding lelaki. Makanya, tindakan berasaskan “intuisi” (perasaan) lebih cepat berlaku di kalangan mereka.
Jangan pelik. Mereka mudah mengenal langkah dan cara mengatur tapak. Mereka juga mudah mengenal bahasa & percakapan bunyi.
Akan tetapi, itu bukan satu kelebihan bagi mereka. 9/10 daripada bahagian otak perempuan dimonopoli oleh intuisi (perasaan) manakala bakinya dikuasai oleh akal. Lelaki pula adalah sebaliknya.
 
3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi laki-laki berbanding bayi perempuan.
 

Kenapa ya? Adakah bayi lelaki lebih aktif semasa di dalam kandungan lagi?
Kalau benar hipotesis di atas, maksudnya lelaki tidak betah berada di tempat yang sempit. Mereka memerlukan medan yang luas untuk kehidupan kelelakian mereka.
Secara relitinya, anda dapat melihat tanggungjawab anak lelaki atau ayah banyak berlaku di luar rumah. Mereka juga sanggup berhijrah jauh untuk kehidupan yang lebih baik. Adakah kerana itu, mereka menunjukkan sikap aktif sejak di rahim ibu lagi?
Perempuan pula rata-ratanya surirumah. Medan tanggungjawab mereka hanya sempit dan kecil.
 
4. Rata-rata berat otak laki-laki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.
Terdapat beberapa lapisan korteks dalam korteks otak besar. Maksudnya, dalam bahagian kerangka otak hadapan, terdapat beberapa lapisan lain. [1] neokorteks/isokorteks, [2] arcikorteks, [3] paleokorteks, [4] allokorteks yang berlipat-lipat sehingga permukaannya menjadi lebih luas dengan ketebalan 2 hingga 4 mm. Lapisan korteks terdapat berbagai macam pusat saraf yang mengendalikan ingatan, perhatian, persepsi, pertimbangan, bahasa dan kesadaran.
Dan diketahui, otak lelaki mempunyai lipatan pelbagai korteks yang lebih banyak daripada perempuan. Maksudnya, mereka menggunakan kelebihan itu untuk pelbagai fungsi sebagai lelaki. Sebab itu, jangan terkejut jika lelaki lebih monopoli dalam ingatan, perhatian, persepsi, pertimbangan, bahasa dan kesadaran.

5. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan oleh laki-laki.
Maksudnya, kenapa lelaki sanggup membuang anu mereka untuk menjadi sang perempuan yang lembut? 

Pondan atau banci adalah lelaki yang tidak mengiktiraf sifat ego yang ada pada diri mereka. Mereka cuba membuang sifat ego itu atas pelbagai sifat. Akan tetapi mereka sebenarnya terperangkap. 

Sifat ego yang ada pada mereka itu kemudiannya dihalakan kepada penukaran jantina.
Perempuan pula banyak dikuasai oleh haya (sifat pemalu) yang menghalang mereka dari menukar jantina mereka. 2 perkara yang berbeza.
Agak lucu, tetapi itulah sebenarnya berlaku.

6. Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

Sebab itu, tugas-tugas pengawalan kampong seperti amalan berjaga kampong pada zaman dahulu atau KRT/SRS pada zaman sekarang sehingga lewat jam 4.00 pagi mampu ditangani dengan baik oleh kaum lelaki.
Akan tetapi kaum lelaki tidak betah (mampu) berada di dapur yang sempit untuk tugas-tugas memasak dan sebagainya.Pendek kata, lelaki sangat anti kepada tempat yang sempit dan panas.
Kaum perempuan mampu berada di dapur (untuk memasak) atau ruang pejabat yang sempit (untuk tugas-tugas pekeranian) sesuai dengan permukaan kulit mereka yang lebih  besar. Mereka mampu menahan kepanasan & kerimasan.  

7. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Sebab itu, para rasul, para nabi & para pemimpin besar lainnya terdiri daripada lelaki.
Kaum perempuan mempunyai serabut (saraf) penghubung antara belahan otak kanan (Intuisi) dan kiri (Logika) yang lebih banyak, maka kerana itu, ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan. Mereka mudah tertarik, tergoda, terpedaya dengan pujuk rayu & kata-kata mulus.

8. Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
 

9. Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh, yang menghasilkan bau badan daripada laki-laki.

Ini kerana kaum perempuan mempunyai luas permukaan kulit yang lebih besar. Mereka perlu mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak untuk merembeskan wap air.

10. Kemampuan indra laki-laki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.
Secara saintifiknya, lelaki kurang berkebolehan untuk mencapai “nilai tepat” bagi ketiga-tiga rasa tersebut. Mungkin ini disebabkan oleh kegagalan tunas rasa pada permukaan lidah yang diselaputi oleh tar rokok, ganja dan sebagainya.
Majoriti kaum perempuan tidak terlibat dengan gejala itu. Itu sebabnya ramai kaum perempuan yang cekap memasak & mengurus rumahtangga. 

11. Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung menyukai sesama jenis pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

Lesbian pada kalangan perempuan menunjukkan sifat cabul mereka terhadap seks. Pada tahap ini, sesetengah isteri merasa prejudis dan curiga kepada suami mereka. Mereka kemudian beralih kepada sejenis mereka.
Maka suami patut menjaga kesihatan diri mereka dan melayan isteri dengan baik. Pada usia 45 tahun, selera perempuan mungkin beralih arah.

12. Pada saat usia tua, perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon laki-laki).

Lelaki botak kadang-kala smart dan segak. Ramai perempuan yang lebih menyukai lelaki botak. Akan tetapi perempuan botak Nampak hudoh dan menakutkan. Atas sebab itulah, kita patut bersyukur kerana Tuhan menwajibkan perempuan menutup aurat, termasuk bahagian kepalanya.
Jika perempuan memakai telekung untuk menutup rambutnya atau kepalanya yang rontok, maka itu sangat dipuji. Akan tetapi jika mereka dapat berpurdah, itu lebih terpuji.
 
13. Berpapasan dengan perempuan di tempat ramai, laki-laki cenderung menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Itu menunjukkan sifat berani lelaki yang sanggup menghadapi risiko.
Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada. Itu menunjukkan sifat perempuan yang pemalu & kesungguhan sifat semulajadi mereka melindungi aib mereka.

14. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada perempuan.

15. Laki-laki lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan warna biru.
Ini sejajar dengan sifat pemberani lelaki. Manakala perempuan pula lebih mencintai keharmonian & keamanan.

16. Perempuan rata-rata menggunakan 153 saat (2.5 minit) berada di toilet, manakala lelaki sekitar 113 saat (lebih kurang 2.0 minit).
Perempuan memgambil berat secara keterlaluan tentang kekemasan & kebersihan diri mereka, manakala lelaki agak santai.

17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
Maknanya, peratus perempuan yang gagap itu sangat kecil. Ini menunjukkan kebolehan intuisi yang tinggi pada perempuan berbanding lelaki.
Petunjuk lain ialah mereka bercakap menggunakan perasaan, sedangkan lelaki menggunakan akal.

18. Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding laki-laki.

Itu menunjukkan mereka sangat cermat dan mahukan yang terbaik. Lelaki pula hanya mahukan sesuatu secara mudah dan cepat.

19. Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
 

Mereka sangat cerewet tentang pakaian dan penampilan. Isteri yang cerewet terhadap pakaian dan penampilan suami adalah isteri yang penyayang & mengambi berat.
Suami pulak jarang bertabiat begitu. Mereka tahu isteri mereka lebih arif tentang pakaian & cara kehidupan mereka sendiri.
20. Penelitian di England, anak lelaki  lebih mudah dibohongi/diperdaya daripada anak perempuan. 
Saya tidak pasti dari sudut mana. Jika dari segi kekayaan material, saya rasa anak perempuan lebih mudah menjadi mangsa.
Jika dari sudut “ingin hidup senang”, memang benar anak lelaki mudah dibohongi/diperdaya. Mungkin aspek inilah yang dinyatakan di atas.
Contoh ini mungkin lebih ketara dalam aspek jenayah kolar putih dan kolar biru. Mereka adalah hasil dari didikan masa kecil yang tidak tepat.       

MENGAPA SEMUT BERHENTI SEJENAK JIKA BERTEMU DENGAN SEMUT LAINNYA?




Mengapa semut akan berhenti sejenak jika bertemu atau berpapasan dengan semut lainnya?.

Inilah rahsia kehidupan semut yang kita tak tahu. Hang sedang buat apa tu? Hang sedang cakap apa tu?

Sebenarnya, cerita tentang semut sudah ada dalam Al-Quran. Dalam Surah An-Naml. Nabi yang boleh bercakap dengan binatang (termasuk semut) adalah Nabi Sulaiman a.s.

Meh, kita ikuti sebahagian ceritanya dalam Al-Quran, Surah An-Naml, ayat 18 – 19, "...Sehingga apabila mereka (Nabi Sulaiman & tenteranya) sampai ke suatu lembah, berkatalah raja semut kepada rakyatnya. “Masuklah kamu ke dalam sarangmu, agar kamu tidak terpijak oleh mereka, sedang mereka tidak mengetahui”.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar perkataannya  (lantas memberhentikan tenteranya) seraya berdoa “Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Kau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dlaam golongan hambaMu yang soleh”.

.   

Kembali kepada cerita tadi, semut yang terlihat “mengadu kepala” pada saat bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. Mereka sedang bercakap sesama mereka.

Siapakah yang kata mereka sedang bercakap, sedang berkomunikasi? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.

Kononnya, dia pernah mengadakan satu ujikaji (eksperimen) khusus terhadap semut.

Ha2. Mari kita berhenti sebentar. Saya ada sesuatu untuk memberitahu anda.

Sebenarnya cerita tentang semut (termasuk binatang-binatang lain) boleh bercakap dah terrakam dalam Al-Quran sejak 1434 tahun yang lampau. Kisah ini pun berlaku dah lama, sejak zaman Nabi Sulaiman 3000 tahun lagi.

Inilah hebatnya Al-Quran. Ia mendahului semua ujikaji (eskperimen) yang kononnya hebat pada zaman moden ini. Kadang-kadang kita pun terikut-ikut standard pemikiran orang Barat  Sesuatu itu tidak sah (valid) kecuali kalau sudah diuji melalui  makmal. Atau dengan bahasa mudahnya, telah melalui ujikaji atau eksperimen.

Bukan setakat itu sahaja kehebatan Al-Quran, ia juga mengambarkan bahawa manusia (Nabi Sulaiman a.s) dalam peristiwa tersebut boleh memahami bahasa binatang. Wah hebatnya. Nabi Sulaiman boleh faham bahasa semut, bahasa burung dan sebagainya.

Itulah mukjizat Nabi Sulaiman a.s. Timbul pula soalan baru, bolehkah kita, manusia biasa ini memahami bahasa binatang seperti baginda?

He2. Ini soalan cepu mas ni. Saya tak mahu menjawabnya di sini. Tetapi saya ingin memberitahu anda begini. Julat pendengaran manusia sangat kecil, lebih kurang 2 kHz – 2000 kHz. Ia boleh mendengar bisikan manusia sehinggalah kepada bunyi kapalterbang yang terbang di angkasa tu.

Yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar daripada itu, kita tak boleh dengar. Tuhan adakan hijab. Tetapi kalau kepada nabi-nabiNya, maka Tuhan berikan mukjizat kepada mereka. Contohnya, Nabi Sulaiman boleh dengar faham percakapan binatang, Nabi Muhamad boleh dengar percakapan jin dan sebagainya.

Adakah perkara sebaliknya boleh berlaku? Maksudnya, adakah binatang-bintang itu faham bahasa manusia? Jawapannya ya. Sebab julat pendengaran mereka lebih luas daripada kita. Tengok sahaja kat sarkas, binatang-binatang tertentu telah dilatih menggunakan bahasa mereka masing-masing.    

Pengajaran dari Al-Quran itu boleh difahami begini. Apabila Tuhan menceritakan sesuatu, maka DIA akan menceritakan perkara yang  besar-besar, yang pelik-pelik dan yang hebat-hebat..

Tuhan tidak akan menceritakan perkara yang remeh temeh, perkara kecil, perkara ringan. Adakah anda faham maksud saya?

Maksud saya, kemampuan manusia (Nabi Sulaiman a.s) memahami bahasa binatang adalah perkara besar, perkara pelik & perkara hebat. Bagaimana kita tahu itu? Sebab dia dicatit dalam Al-Quran.

 So, perkara sebaliknya adalah perkara kecil sahaja. Binatang boleh faham bahasa manusia adalah perkara kecil. Sebab itu, kisah-kisah macam ini tidak ada dalam Al-Quran. Manusia boleh fikir sendiri. It is a simple matter.

 Arwah datuk saya menggunakan bahasa kerbau semasa memelihara kerbaunya. Arwah ayah saya menggunakan bahasa lembu semasa menjaga lembunya.

Saya sendiri pernah memelihara kambing, ayam & itik. So, saya menggunakan bahasa mereka semasa mengurus mereka. Mereka faham apa yang saya kata.

Timbul satu soalan lain. Adakah anda boleh bercakap dengan binatang-binatang bukan peliharaan anda seperti ular, katak, harimau, singa, gajah dan sebagainya?

Kalau kita tengok kat sarkas, kita dapati harimau, singa, gajah dan sebagainya faham apa yang diajar kepada mereka. Mereka seperti anak-anak kecil yang boleh dibentok.

Bagaimana dengan harimau yang tiba-tiba muncul di kampong anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana dengan singa yang pertama kali terserempak dengan anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana dengan gajah yang tiba-tiba naik minyak di tempat anda? Bagaimana anda nak menguruskannya?

Sejarah telah menceritakan bahawa seorang sahabat Nabi, Salman Al-Farisi telah menghalau seekor singa yang menganggu orang lalu lalang. Dia mendekati singa tersebut, berkata sesuatu & singa itu pun berlalu pergi.

Wah, hebatnya sahabat Nabi yang mulia ini. Bahkan beliau juga pernah memanggil seekor kijang yang melintas di hadapannya untuk disembelih bagi menjamu tetamunya. Bahkan pernah juga beliau memanggil beberapa ekor burung di angkasa untuk tujuan yang sama.   

Demikian hebatnya sahabat Nabi, Salman Al-Farisi ini. Tetapi anda kena tahu amalannya. Beliau mengamalkan Ayat 5 sebagaimana yang diajarkan Nabi S.A.W.

Cucu Rasulullah, Syaidina Hassan juga pernah menghalau seekor singa di tempatnya. Kaedah yang digunakan pun sama juga seperti Salman Al-Farisi.

Berbalik kepada persoalan, bolehkah manusia  bercakap dengan binatang-binatang tertentu yang bukan peliharaan mereka?. Jawapannya boleh Tetapi ada syarat khusus. Mereka mesti mempunyai aura khusus yang disegani oleh binatang-binatang tadi.

  

Sebelum saya terlupa, selain Ayat 5 yang saya sebutkan di atas, anda juga boleh mengamalkan Surah An-Naml (ayat 15 – 19)  untuk tujuan memahami bahasa binatang. Amalkan sehingga anda Berjaya. Khasiatnya bukan sekadar itu. Banyak lagi yang lain. He2.

Hampir semua binatang mempunyai aura merah di tubuhnya. Kalau dia melihat manusia yang mendekatinya mempunyai aura merah sepertinya, maka dia menganggap manusia tersebut sama level dengannya. Maka dengan itu, dia bergantung kepada budi baik orang itu padanya. Contohnya seperti di sarkas. Dia terhutang budi kepada orang yang memberi makanan kepadanya.

Binatang sangat segan kepada orang yang mempunyai aura hijau. Siapakah mereka? Mereka ialah orang yang banyak membaca Al-Quran, banyak bertahajjud, kuat berzikir, banyak berpuasa sunat dan sebagainya. Dalam kalangan bukan Islam, mereka ialah golongan vegetarian. Binatang pun sangat segan kepada mereka.   

Kehebatan Al-Quran seterusnya. “Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar katanya (maksudnya, kata Raja Semut itu)”. Tuhan menggunakan dhomir “ha” yang merujuk kepada perempuan/betina. Ini bertepatan dengan penemuan sains bahawa raja kepada semut itu adalah betina. Raja (pemimpin) mereka adalah Sang Ratu.

Rupa-rupanya, kes semut dan lebah itu sama sahaja. Raja (pemimpin) mereka adalah  Sang Ratu mereka.

Sekarang mari kita kembali kepada ujikaji atau eskperimen yang saya sebutkan sebelum ini.  Siapakah yang kata semut sedang bercakap, sedang berkomunikasi semasa mereka “bertemu kepala” itu? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.

Ia mengambil seekor semut  (kita namakan semut A) lalu ditaruh dalam tempat yang berisi makanan. Kemudian dia mengambil seekor semut lain (semut B) lalu ditaruh dalam tempat yang berisi semut-semut musuh.

Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika berpapasan dengan teman-temannya di jalan.

Dari penelitian itu, Prof T.C. Schneirla menyimpulkan bahwa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut menempel pada semut itu.

Ketika bertemu dengan semut temannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Nah, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.