Mengapa semut akan berhenti sejenak jika bertemu atau berpapasan dengan semut
lainnya?.
Inilah rahsia kehidupan semut
yang kita tak tahu. Hang sedang buat apa tu? Hang sedang cakap apa tu?
Sebenarnya, cerita tentang
semut sudah ada dalam Al-Quran. Dalam Surah An-Naml. Nabi yang boleh bercakap
dengan binatang (termasuk semut) adalah Nabi Sulaiman a.s.
Meh, kita ikuti sebahagian
ceritanya dalam Al-Quran, Surah An-Naml, ayat 18 – 19, "...Sehingga apabila
mereka (Nabi Sulaiman & tenteranya) sampai ke suatu lembah, berkatalah raja
semut kepada rakyatnya. “Masuklah kamu ke dalam sarangmu, agar kamu tidak
terpijak oleh mereka, sedang mereka tidak mengetahui”.
Maka tersenyumlah Nabi
Sulaiman mendengar perkataannya (lantas
memberhentikan tenteranya) seraya berdoa
“Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau
anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan untuk mengerjakan amal saleh
yang Kau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dlaam golongan hambaMu
yang soleh”.
.
Kembali kepada cerita tadi, semut
yang terlihat “mengadu kepala” pada saat bertemu itu sebenarnya sedang
berkomunikasi. Mereka sedang bercakap sesama mereka.
Siapakah yang kata mereka
sedang bercakap, sedang berkomunikasi? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla,
seorang pengkaji di Universiti New
York.
Kononnya, dia pernah
mengadakan satu ujikaji (eksperimen) khusus terhadap semut.
Ha2. Mari kita berhenti sebentar.
Saya ada sesuatu untuk memberitahu anda.
Sebenarnya cerita tentang semut
(termasuk binatang-binatang lain) boleh bercakap dah terrakam dalam Al-Quran
sejak 1434 tahun yang lampau. Kisah ini pun berlaku dah lama, sejak zaman
Nabi Sulaiman 3000 tahun lagi.
Inilah hebatnya Al-Quran. Ia
mendahului semua ujikaji (eskperimen) yang kononnya hebat pada zaman moden ini.
Kadang-kadang kita pun terikut-ikut standard pemikiran orang Barat Sesuatu itu tidak sah (valid) kecuali kalau sudah
diuji melalui makmal. Atau dengan bahasa
mudahnya, telah melalui ujikaji atau eksperimen.
Bukan setakat itu sahaja
kehebatan Al-Quran, ia juga mengambarkan bahawa manusia (Nabi Sulaiman a.s)
dalam peristiwa tersebut boleh memahami bahasa binatang. Wah hebatnya. Nabi
Sulaiman boleh faham bahasa semut, bahasa burung dan sebagainya.
Itulah mukjizat Nabi
Sulaiman a.s. Timbul pula soalan baru, bolehkah kita, manusia biasa ini
memahami bahasa binatang seperti baginda?
He2. Ini soalan cepu mas ni.
Saya tak mahu menjawabnya di sini. Tetapi saya ingin memberitahu anda begini.
Julat pendengaran manusia sangat kecil, lebih kurang 2 kHz – 2000 kHz. Ia boleh
mendengar bisikan manusia sehinggalah kepada bunyi kapalterbang yang terbang di
angkasa tu.
Yang lebih kecil daripada
itu atau yang lebih besar daripada itu, kita tak boleh dengar. Tuhan adakan
hijab. Tetapi kalau kepada nabi-nabiNya, maka Tuhan berikan mukjizat kepada
mereka. Contohnya, Nabi Sulaiman boleh dengar faham percakapan binatang, Nabi
Muhamad boleh dengar percakapan jin dan sebagainya.
Adakah perkara sebaliknya
boleh berlaku? Maksudnya, adakah binatang-bintang itu faham bahasa manusia?
Jawapannya ya. Sebab julat pendengaran mereka lebih luas daripada kita. Tengok
sahaja kat sarkas, binatang-binatang tertentu telah dilatih menggunakan bahasa mereka
masing-masing.
Pengajaran dari Al-Quran itu
boleh difahami begini. Apabila Tuhan menceritakan sesuatu, maka DIA akan
menceritakan perkara yang besar-besar,
yang pelik-pelik dan yang hebat-hebat..
Tuhan tidak akan
menceritakan perkara yang remeh temeh, perkara kecil, perkara ringan. Adakah
anda faham maksud saya?
Maksud saya, kemampuan
manusia (Nabi Sulaiman a.s) memahami bahasa binatang adalah perkara besar, perkara
pelik & perkara hebat. Bagaimana kita tahu itu? Sebab dia dicatit dalam
Al-Quran.
So, perkara sebaliknya adalah perkara kecil
sahaja. Binatang boleh faham bahasa manusia adalah perkara kecil. Sebab itu,
kisah-kisah macam ini tidak ada dalam Al-Quran. Manusia boleh fikir sendiri. It
is a simple matter.
Arwah datuk saya menggunakan bahasa kerbau semasa
memelihara kerbaunya. Arwah ayah saya menggunakan bahasa lembu semasa menjaga
lembunya.
Saya sendiri pernah
memelihara kambing, ayam & itik. So, saya menggunakan bahasa mereka semasa
mengurus mereka. Mereka faham apa yang saya kata.
Timbul satu soalan lain. Adakah
anda boleh bercakap dengan binatang-binatang bukan peliharaan anda seperti
ular, katak, harimau, singa, gajah dan sebagainya?
Kalau kita tengok kat sarkas,
kita dapati harimau, singa, gajah dan sebagainya faham apa yang diajar kepada
mereka. Mereka seperti anak-anak kecil yang boleh dibentok.
Bagaimana dengan harimau
yang tiba-tiba muncul di kampong anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana
dengan singa yang pertama kali terserempak dengan anda? Boleh anda bercakap
dengannya? Bagaimana dengan gajah yang tiba-tiba naik minyak di tempat anda?
Bagaimana anda nak menguruskannya?
Sejarah telah menceritakan bahawa
seorang sahabat Nabi, Salman Al-Farisi telah menghalau seekor singa yang
menganggu orang lalu lalang. Dia mendekati singa tersebut, berkata sesuatu
& singa itu pun berlalu pergi.
Wah, hebatnya sahabat Nabi
yang mulia ini. Bahkan beliau juga pernah memanggil seekor kijang yang melintas
di hadapannya untuk disembelih bagi menjamu tetamunya. Bahkan pernah juga
beliau memanggil beberapa ekor burung di angkasa untuk tujuan yang sama.
Demikian hebatnya sahabat
Nabi, Salman Al-Farisi ini. Tetapi anda kena tahu amalannya. Beliau mengamalkan
Ayat 5 sebagaimana yang diajarkan Nabi S.A.W.
Cucu Rasulullah, Syaidina
Hassan juga pernah menghalau seekor singa di tempatnya. Kaedah yang digunakan
pun sama juga seperti Salman Al-Farisi.
Berbalik kepada persoalan,
bolehkah manusia bercakap dengan
binatang-binatang tertentu yang bukan peliharaan mereka?. Jawapannya boleh
Tetapi ada syarat khusus. Mereka mesti mempunyai aura khusus yang disegani oleh
binatang-binatang tadi.
Sebelum saya terlupa, selain
Ayat 5 yang saya sebutkan di atas, anda juga boleh mengamalkan Surah An-Naml
(ayat 15 – 19) untuk tujuan memahami
bahasa binatang. Amalkan sehingga anda Berjaya. Khasiatnya bukan sekadar itu.
Banyak lagi yang lain. He2.
Hampir semua binatang
mempunyai aura merah di tubuhnya. Kalau dia melihat manusia yang mendekatinya
mempunyai aura merah sepertinya, maka dia menganggap manusia tersebut sama
level dengannya. Maka dengan itu, dia bergantung kepada budi baik orang itu
padanya. Contohnya seperti di sarkas. Dia terhutang budi kepada orang yang
memberi makanan kepadanya.
Binatang sangat segan kepada
orang yang mempunyai aura hijau. Siapakah mereka? Mereka ialah orang yang
banyak membaca Al-Quran, banyak bertahajjud, kuat berzikir, banyak berpuasa sunat
dan sebagainya. Dalam kalangan bukan Islam, mereka ialah golongan vegetarian.
Binatang pun sangat segan kepada mereka.
Kehebatan Al-Quran
seterusnya. “Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar katanya (maksudnya, kata
Raja Semut itu)”. Tuhan menggunakan dhomir “ha” yang merujuk kepada
perempuan/betina. Ini bertepatan dengan penemuan sains bahawa raja kepada semut
itu adalah betina. Raja (pemimpin) mereka adalah Sang Ratu.
Rupa-rupanya, kes semut dan
lebah itu sama sahaja. Raja (pemimpin) mereka adalah Sang Ratu mereka.
Sekarang mari kita kembali
kepada ujikaji atau eskperimen yang saya sebutkan sebelum ini. Siapakah yang kata semut sedang bercakap,
sedang berkomunikasi semasa mereka “bertemu kepala” itu? Beliau ialah Prof T.C.
Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.
Ia mengambil seekor semut (kita namakan semut A) lalu ditaruh dalam
tempat yang berisi makanan. Kemudian dia mengambil seekor semut lain (semut B)
lalu ditaruh dalam tempat yang berisi semut-semut musuh.
Kemudian kelakuan kedua-dua
semut ini diperhatikan terutama ketika berpapasan dengan teman-temannya di
jalan.
Dari penelitian itu, Prof T.C. Schneirla menyimpulkan bahwa zat kimia yang
dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut menempel pada semut itu.
Ketika bertemu dengan semut
temannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).
Nah, dengan saling menyapa
inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di
kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan