A Story from the Kitab.
Sebaik sahaja
Nabi Ibrahim dan anak nya Ismail siap membina Kaabah mereka pun duduk
berehat.Kawasan begitu sunyi dan sepi hanya 2 beranak sahaja berada di kawasan itu.
Sebelum mendiri kan bangunan kaabah atas perintah Allah swt yang
lenyap akibat banjir besar Nabi Ibrahim as kurang pasti di mana tempat
yang tepat yang harus di dirikan kaabah. Lalu malaikat Jibrail datang
memberi tunjuk tempat yang tepat dengan hujung sayap nya (tips of his
wing). Dan selepas di tunjuk dengan tepat Ibrahim di suruh tunggu
sebentar untuk hujan turun membersih kan kawasan itu.
Maka
berehat lah Ibrahim dan anak nya Ismail.Kemudian Ibrahim bertanya kepada
Jibrail siapa kah yang bakal datang dan menghuni kawasan kaabah ini.
Lalu Jibrail berkata tempat ini akan di datangi jutaan manusia dan
perbuatan nya tidak sia sia membina bangunan ini.
Kemudian
Ibrahim terdengar bunyi seakan bunyi jutaan lebah sedang berdesing.Namun
apabila dia mendengar betul betul baru lah dia dengar bunyi nya ada lah
“Labaikallah huma labaik” berulang kali.
Ibrahim pun bertanya
kepada malaikat bunyi apa kah itu.Lalu Jibrail menjawap itu lah bunyi
umat Muhamad yang bakal datang kesini tanpa henti henti. Lalu Ibrahim
berkata untung nya umat Muhamad itu , boleh kah aku kirim kan salam ku
kepada nya? Lalu Jibrail berkata “ya sila kan akan ku sampai kan kepada
Allah salam mu kepada muhamad”. Dan anak Ibrahim juga ingin sampai kan
salam kepada semua pemuda umat Muhamad dan begitu juga isteri Ibrahim
juga kepada semua ahli keluarga wanita umat Muhamad.
Sebaik
sahaja salam di beri datang pula angin rebut yang kuat, angin ini begitu
kuat dan kencang sehingga bertebaran lah sisa batu dari pembinaan
kaabah ini , lalu Allah berkata kepada Jibrail, di mana batu besar nya
jatuh di bumi akan terdiri lah masjid yang besar di situ jika jatuh yang
kecil akan terdiri lah masjid yang kecil (surau).
Beribu ribu tahun pun berlalu.
Kemudian lahir lan insan bernama Muhamad al Mustafa.Dan di ketika dia
menaiki langit menerima perintah solat maka Allah pun berpesan “wahai
Muhamad , Ibrahim dan keluarga nya mengirim salam kepada mu dan keluarga
mu ( umat muhamad) dan seharus nya kamu membalas kembali salam mu dan
keluarga mu kepada nya”
Sudah kah anda melakukan solat?
Jika sudah, Alhamdullilah, pasti nya anda sudah mengirim salam kepada
Ibrahim dan keluarga nya pada tahiyat akhir tadi kerana Allah menyimpan
salam itu beribu tahun lama nya untuk kamu kirim kan kembali kepada
Nabi Ibrahim dan keluarga nya (ahli Ibrahim)
THE CHULAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan