Luar Biasa! Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius (7 Foto)
Luar Biasa! Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius (7 Foto) | Menghayati panorama dari atas bukit
satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang sangat indah
seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga. Namun di Mauritius, KisahBest.My difahamkan terdapat sebuah bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah. Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai. Jom lihat gambar di bawah ini.
Menakjubkan apabila di sebuah kawasan
kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7
warna yang menyerupai corak pelangi. Kawasan yang hanya
berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang
berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.
Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu
dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah
menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan
ini.
Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke Chamarel.
Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas,
tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada
kawasan berkenaan.
Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia
nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia
benar-benar berlaku. Subahanallah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan