Thursday, 12 September 2013
Geng 36 DI TEMBAK Mati Tahniah @PDRMsia
BANDARAYA MELAKA - Dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36
ditembak mati oleh polis di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor
Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, Melaka Tengah kira-kira jam
9.30 pagi tadi.
Polis menumpaskan kumpulan perompak dalam kejadian tembak menembak berhampiran TESCO, Cheng Melaka.
Laporan yang belum di sahkan dari sumber mengatakan 6 penjenayah menaiki
dua kenderaan, salah satunya Myvi yang mengekori van security membawa
wang disyaki ingin melakukan rompakan.
Pihak Polis terserempak dengan penjenayah tersebut dan cuba menahan
mereka tetapi salah seorang penjenyah telah melepaskan tembakan ke arah
Polis. Lalu pihak Polis berbalas tembakan dengan suspek tersebut.
Dua suspek ditemui mati ditempat kejadian. Polis menjumpai 2 pucuk
pistol di dalam kenderaan berkenaan satu di kaki penumpang dan satu
dibelakang badan pemandu.
Empat orang yang lain dikatakan dapat melarikan diri dan dipercayai ada
antaranya telah ditangkap di Ayer Keroh Melaka. Operasi sekatan
jalanraya besar-besaran diadakan di seluruh negeri Melaka.
sumber:Analisis Politik Terkini