"Ya Allah, ampunilah segala dosa orang tua kami..
berikanlah keberkahan kepada mereka.. sayangilah
mereka, sebagaimana mereka menyayangi kami..
"
"Jadikanlah kami sebagai kebahagiaan mereka..
..Aamiin..
CARA MINUM AIR YANG BAIK
a. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)
b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)
c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)
Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa
yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas
ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka
kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur
dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang
menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai
untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman
sebabnya adalah sama.
Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan
yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran
nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan
sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.
Wallahu’alam
Sabda Rasulullah SAW
“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala
yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.”
(HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan