"Ya Allah, ampunilah segala dosa orang tua kami..
berikanlah keberkahan kepada mereka..
sayangilah
mereka, sebagaimana mereka
menyayangi kami..
"


"Jadikanlah kami sebagai kebahagiaan mereka..
..
Aamiin..

Isnin, 24 Jun 2013

TABAH MENGHADAPI CUBAAN


Mengharungi kehidupan pasti seseorang akan mengalami pasang surut. Kadang seseorang mendapatkan nikmat dan kadang pula mendapatkan musibah atau cobaan. Semuanya datang silih berganti. Kewajiban kita adalah bersabar ketika mendapati musibah dan bersyukur ketika mendapatkan nikmat Allah. Berikut adalah beberapa tips yang boleh memudahkan seseorang dalam menghadapi setiap ujian dan cobaan.
Pertama: Mengimani takdir ilahi
Setiap menghadapi cobaan hendaklah seseorang tahu bahawa setiap yang Allah takdirkan sejak 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi pastilah terjadi. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة
"Allah telah mencatat takdir setiap makhluk sebelum 50.000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi." [1]
Beriman kepada takdir, inilah landasan kebaikan dan akan membuat seseorang semakin ridho dengan setiap cobaan. Ibnul Qayyim mengatakan, "Landasan setiap kebaikan adalah jika engkau tahu bahawa setiap yang Allah kehendaki pasti terjadi dan setiap yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi." [2]
Kedua: Yakinlah, ada hikmah di balik cobaan
Hendaklah setiap mukmin mengimani bahawa setiap yang Allah kehendaki pasti ada hikmah di balik itu semua, baik hikmah tersebut kita ketahui atau tidak kita ketahui. [3] Allah Ta'ala berfirman,أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وأنكم إلينا لا ترجعون (115) فتعالى الله الملك الحق لا إله إلا هو رب العرش الكريم (116)"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. "(QS. Al Mu'minun: 115-116)
Allah Ta'ala juga berfirman,وما خلقنا السماوات والأرض وما بينهما لاعبين (38) ما خلقناهما إلا بالحق"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq. "(QS. Ad Dukhan: 38-39)
Ketiga: Ingatlah bahawa musibah yang kita hadapi belum seberapa
Ingatlah bahawa Nabi kita shallallahu 'alaihi wa sallam sering mendapatkan cobaan sampai dicaci, dicemuh dan diseksa oleh orang-orang musyrik dengan pelbagai cara. Kalau kita mengingat musibah yang menimpa beliau, maka tentu kita akan merasa ringan menghadapi musibah kita sendiri kerana musibah kita dibanding beliau tidaklah seberapa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,ليعز المسلمين في مصائبهم المصيبة بي"Musibah yang menimpaku sungguh akan menghibur kaum muslimin." [4]
Dalam lafaz yang lain disebutkan,من عظمت مصيبته فليذكر مصيبتي, فإنها ستهون عليه مصيبته"Siapa saja yang terasa berat ketika menghapi musibah, maka ingatlah musibah yang menimpaku. Ia tentu akan merasa ringan menghadapi musibah tersebut. "[5]
Keempat: Ketahuilah bahawa semakin kuat iman, memang akan semakin diuji
Dari Mush'ab bin Sa'id-seorang tabi'in-dari ayahnya, ia berkata,يا رسول الله أى الناس أشد بلاء"Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling berat ujiannya?" Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,«الأنبياء ثم الأمثل فالأمثل فيبتلى الرجل على حسب دينه فإن كان دينه صلبا اشتد بلاؤه وإن كان فى دينه رقة ابتلى على حسب دينه فما يبرح البلاء بالعبد حتى يتركه يمشى على الأرض ما عليه خطيئة»"Para Nabi, kemudian yang semisalnya dan semisalnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan keadaan agamanya. Apabila agamanya begitu kuat (kukuh), maka semakin berat pula ujiannya. Apabila agamanya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kualiti agamanya. Seorang hamba senantiasa akan mendapatkan cobaan hingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa. "[6]
Kelima: Yakinlah, di balik kesulitan ada kemudahan
Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta'ala berfirman,فإن مع العسر يسرا"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS. Alam Nasyroh: 5)
Ayat ini pun diulang selepas itu,إن مع العسر يسرا"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS. Alam Nasyroh: 6). Qotadah mengatakan, "Diceritakan pada kami bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberi kabar gembira pada para sahabatnya dengan ayat di atas, lalu beliau mengatakan,لن يغلب عسر يسرين"Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan." [7]
Keenam: Hadapilah cobaan dengan bersabar
'Ali bin Abi Tholib radhiyallahu' anhu mengatakan,الصبر من الإيمان بمنزلة الرأس من الجسد, ولا إيمان لمن لا صبر له."Sabar dan iman adalah bagaikan kepala pada jasad manusia. Oleh karenanya, tidak beriman (dengan iman yang sempurna), jika seseorang tidak mempunyai kesabaran. "[8]
Yang dimaksudkan dengan bersabar adalah menahan hati dan lisan dari berkeluh kesah serta menahan anggota badan dari perilaku emosional seperti menampar pipi dan merobek baju. [9]
Ketujuh: Bersabarlah di awal musibah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,إنما الصبر عند الصدمة الأولى"Yang namanya sabar seharusnya bermula ketika awal ditimpa musibah." [10] Itulah sabar yang sebenarnya. Sabar yang sebenarnya bukanlah ketika telah mengeluh lebih dulu di awal musibah.
Kelapan: Yakinlah bahawa pahala sabar begitu besar
Ingatlah janji Allah,إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS. Az Zumar: 10). Al Auza'i mengatakan, "Pahala bagi orang yang bersabar tidak boleh ditakar dan ditimbang. Mereka benar-benar akan mendapatkan ketinggian derajat. "As Sudi mengatakan," Balasan orang yang bersabar adalah syurga. "[11]
Kesembilan: Ucapkanlah "Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'un ..."
Ummu Salamah-salah satu isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam-berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,أم سلمة زوج النبى - صلى الله عليه وسلم - تقول سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول «ما من عبد تصيبه مصيبة فيقول إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم أجرنى فى مصيبتى وأخلف لى خيرا منها إلا أجره الله فى مصيبته وأخلف له خيرا منها ». قالت فلما توفى أبو سلمة قلت كما أمرنى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فأخلف الله لى خيرا منه رسول الله - صلى الله عليه وسلم -."Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:" Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'un. Allahumma'jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khoiron minhaa [Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik] ", maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik." Ketika, Abu Salamah (suamiku) wafat, aku pun menyebut do'a sebagaimana yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam perintahkan padaku. Allah pun memberiku suami yang lebih baik dari suamiku yang dulu yaitu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. "[12]
Do'a yang disebutkan dalam hadits ini semestinya diucapkan oleh seorang muslim ketika ia ditimpa musibah dan sudah seharusnya ia fahami. Insya Allah, dengan ini ia akan mendapatkan ganti yang lebih baik.
Kesepuluh: Introspeksi diri
Musibah dan cobaan boleh jadi disebabkan dosa-dosa yang pernah kita perbuat baik itu kesyirikan, bid'ah, dosa besar dan maksiat lainnya. Allah Ta'ala berfirman,وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri." (QS. Asy Syura: 30). Maksudnya adalah kerana sebab dosa-dosa yang dulu pernah diperbuat. [13] Ibnu 'Abbas mengatakan, "Akan disegerakan siksaan bagi orang-orang beriman di dunia disebabkan dosa-dosa yang mereka perbuat, dan dengan itu mereka tidak disiksa (atau diperingan siksanya) di akhirat. "[14]
Semoga tips ini semakin meneguhkan kita dalam menghadapi setiap cobaan dan ujian dari Allah.
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan