Kecoh awan berwarna
Kejadian
disedari kira-kira jam 11.30 pagi apabila seorang penduduk yang
menyaksikan fenomena itu memaklumkan kepada penduduk lain.Menurut seorang penduduk, Mahat Baba, 55, dia menyedari kejadian itu apabila dimaklumkan jiran selepas pulang dari pasar.

“Sebaik sampai ke rumah, saya nampak ramai orang berkumpul sambil memandang ke arah langit dan terkejut selepas diberitahu mengenai perkara itu.

“Kepulan awan itu mempunyai sekurang-kurangnya lima warna dan dapat dilihat dengan jelas, malah ada penduduk merakam gambar itu menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, kepulan awan berwarna-warni berkenaan bagaimanapun mulai hilang selepas kira-kira setengah jam kemudian.Katanya, kejadian itu pertama dialami penduduk kampung dan menganggapnya sebagai kebesaran Allah.
Sumber myMetro Ahad 25/11/2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan